Contact Us

No. 17, Jalan SG 3/4, Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves, Selangor.

Full Board

Beijing + Brunei

7 Day 4 Night

Experience the perfect blend of China’s historic grandeur and Brunei’s majestic Islamic landmarks in one seamless journey.

Overview

Explore iconic highlights in Beijing including the legendary Great Wall of China, the magnificent Forbidden City, and the historic Tiananmen Square. Capture photos at the famous Beijing National Stadium and enjoy shopping and cultural experiences across the capital.Continue to Bandar Seri Begawan to admire the stunning Sultan Omar Ali Saifuddien Mosque and view the grand Istana Nurul Iman. This 7-day journey combines world-famous landmarks, rich history, and Islamic heritage in two remarkable destinations.

Price From

RM 3,490.00 Per Pax

If You Have Any Questions Or Enquiries, Please Contact Us

Terms & Condition

*There might be some changes or additional charge on itinerary, tour plan or price.

Share This Package

Travel Date & Price

DepartureArrivalSeasonPrice FromNoteTransportationStatus
09/09/2026 15/09/2026-RM 3,490.00Royal Brunei Airlines Open Book
04/11/2026 10/11/2026-RM 3,490.00Royal Brunei Airlines Open Book

Beijing + Brunei Itinerary

7 Day 4 Night - Full Board

Beijing + Brunei

DAY 1

KUALA LUMPUR - BRUNEI - BEIJING
  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Beijing.
Beijing + Brunei

DAY 2

BEIJING
  • Lawatan di Beijing:
  • Berfoto di Bird Nest Stadium yang merupakan sebuah stadium ikonik pada Sukan Olimpik Beijing 2008. Ini kerana rekabentuknya sangat unik seakan berbentuk sarang burung, di mana struktur luaran stadium diperbuat daripada besi keluli yang dianyam menghasilkan corak seperti jeriji.
  • Berfoto di Water Cube yang merupakan salah satu lokasi acara Olimpik berbentuk kiub besar buih sabun dan kini telah diubahsuai menjadi taman air dan juga sebagai taman beriadah.
  • Bersolat di masjid yang tertua di Beijing, Niujie Mosque yang dibina pada tahun 996 ketika Dinasti Liao. Senibina masjid ini merupakan seni campuran ukiran Islam dan kaum Han, dan disini ada disimpan kitab Al-Quran yang berusia lebih 300 tahun.
  • Membeli-belah di Muslim Supermarket, dimana tetamu boleh mendapat barangan yang halal seperti rempah-ratus, sayur-sayuran, produk tenusu,roti dan juga kacang-kacang seperti buah berangan, almond dan lain-lain.
  • Bermalam di Beijing.
Beijing + Brunei

DAY 3

BEIJING
  • Melawat Tiananmen Square yang merupakan sebuah dataran yang penuh dengan sejarah. Di sini terdapat binaan penting seperti Monument to the People's Heroes, Great Hall of the People dan Gate of Heavenly Peace selain Mausoleum of Mao Zedong dan National Museum of China.
  • Forbidden City: Kompleks istana berusia lebih 600 tahun yang dibina pada tahun 1406 semasa Dinasti Ming. Kota istana yang dikelilingi tembok setinggi 8m dan parit ini menjadi kediaman dan pusat pemerintahan maharaja China sehingga tahun 1924. Kompleks istana ini terbahagi kepada 2 bahagian; Outer dan Inner Court. Tetamu pastinya merasa kagum dengan senibina China sebaik sahaja melangkah masuk melalui Meridian Gate.
  • Menunaikan solat di Masjid Tempatan.
  • Burning Cream Center adalah pusat yang khusus dalam menawarkan rawatan untuk masalah kulit, terutamanya yang berkaitan dengan luka bakar atau kecederaan kulit. Pusat ini menggunakan krim dan salap yang dirumus khas untuk mempercepatkan proses penyembuhan, serta rawatan herba tradisional Cina yang dipercayai dapat mengurangkan kesan kecederaan kulit.
  • Menyaksikan persembahan penuh dengan ilusi, mistik dan mendebarkan di Acrobatic Show pada sebelah petang.
  • Liangma River Night View menawarkan suasana yang memukau dan menenangkan. Sungai ini, yang terletak di kawasan timur bandar, dihiasi dengan lampu-lampu berwarna-warni yang mencerminkan cahaya pada permukaan air.
  • Bermalam di Beijing.
Beijing + Brunei

DAY 4

BEIJING
  • Great Wall of China: Tembok pertahanan yang dikira sebagai salah satu keajaiban dunia ini dibina seawal kurun ke-7 sebelum masihi dan dipanjangkan oleh maharaja-maharaja yang memerintah negara China sehingga mencecah sepanjang 21,000 km. Tetamu akan dibawa melawat ke salah satu seksyen yang dipanggil Juyongguan Great Wall yang dibina oleh Dinasti Ming pada 1368. Di seksyen ini berlakunya banyak peperangan dan pertukaran dinasti kerana tembok Juyongguan ini dibina bagi mempertahankan kota Beijing. Di sini juga tetamu dapat menikmati pemandangan indah pergunungan Guangou dan sungai.
  • Bersolat di masjid lama Fayuan Mosque, yang dibina ratusan tahun dahulu oleh Dinasti Qing.
  • Herbal Medicine Center sesuai untuk pengunjung yang mencari alternatif atau sokongan kepada rawatan perubatan moden. Tempat ini berfungsi sebagai tempat pendidikan, memperkenalkan pengunjung kepada prinsip-prinsip perubatan tradisional Cina dan khasiat herba untuk kesejahteraan.
  • Masa bebas untuk bersiar-siar dan membeli-belah di Wangfujing Street yang merupakan kawasan membeli-belah yang terbesar dan paling terkenal di China yang wujud beratus tahun dahulu sejak dari zaman Dinasti Ming lagi. Pelbagai jenis kedai menjual barangan moden dan antik, gerai-gerai makanan selain pusat beli-belah Beijing Mall dan Beijing Department Store.
  • Bermalam di Beijing.
Beijing + Brunei

DAY 5

BEIJING
  • Melawat Summer Palace yang dibina pada kurun ke-12 di sekitar Longevity Hill dan Kunming Lake ketika zaman Dinasti Yuan sebagai istana bersemayam musim panas bagi maharaja China. Istana ini mula dijadikan muzium sejak dari tahun 1914 lagi ketika pemerintahan maharaja terakhir China, Puyi. Diiktiraf sebagai taman istana terbesar di dunia, tetamu akan dapat menikmati pemandangan flora yang cantik dan panorama sekitar tasik yang mengagumkan. Antara tarikan di sini ialah Seventeen-Arch Bridge, Wenchang Pavilion, Foxiang Ge Tower dan Hall of Benevolence and Longevity.
  • Kunjungi Jade Center, terkenal dengan koleksi batu jed berkualiti tinggi yang menjadi perhiasan penting tradisi orang China.
  • Menunaikan solat di Masjid Tempatan.
  • Hang Qiao Market adalah pasar tradisional yang terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Pasar ini menawarkan pelbagai produk, termasuk makanan segar, barangan harian, pakaian, dan cenderamata. Ia juga dikenali dengan suasana yang sibuk dan meriah, di mana pengunjung boleh merasai pengalaman membeli-belah yang autentik di Beijing.
  • Nanluoguxiang Hutong Area adalah kawasan bersejarah yang terletak di pusat Beijing, terkenal dengan lorong-lorong sempit tradisional Cina yang dipenuhi dengan pelbagai kedai, kafe, restoran, dan galeri seni.
  • Bermalam di Beijing.
Beijing + Brunei

DAY 6

BEIJING
  • 798 Art Zone adalah kawasan seni kontemporari yang terkenal, terletak di bekas kilang elektronik. Ia menawarkan galeri seni, pameran, kafe, dan kedai seni. Tempat ini menjadi pusat kreativiti, menghubungkan pelbagai bentuk seni, budaya, dan inovasi, menarik pelancong serta penggiat seni dari seluruh dunia.
  • Qianmen Culture Street adalah kawasan yang terkenal dengan warisan budaya dan sejarah China. Terletak berhampiran dengan Dataran Tiananmen, jalan ini menampilkan bangunan tradisional yang dipulihara,kedai-kedai antik, restoran, dan tempat-tempat jualan barangan tempatan.
  • Membeli-belah di Xiushui Street juga dikenali sebagai Silk Street. Sesuai namanya, kawasan ini terkenal menjual kain pakaian sutera dan di sini terdapat Silk Market yang setinggi 6 tingkat dengan lebih 1,000 buah kedai menjual pelbagai jenis barangan dan cenderamata selain sutera.
  • Melawat The Place iaitu bangunan yang cukup terkenal dengan World’s Largest LED Screen. Layar skrin LED ini digunakan untuk memaparkan pelbagai animasi termasuk berita, iklan dan visual artistik.
Beijing + Brunei

DAY 7

BEIJING - BRUNEI - KUALA LUMPUR
  • Menaiki penerbangan ke Bandar Seri Begawan.
  • Tiba di Bandar Seri Begawan dan meneruskan lawatan: Prime Minister Office, Parlimen dan Kompleks Menteri (pass by).
  • Nikmati pengalaman membeli-belah suasana tempatan di Tamu Kianggeh,pasar terbuka yang menawarkan pelbagai hasil segar seperti buah-buahan, sayur-sayuran, makanan tradisional serta produk tempatan.
  • Singgah bergambar di kawasan Waterfront Bandar Seri Begawan yang menawarkan pemandangan indah Sungai Brunei serta panorama bandar yang menenangkan.
  • Bergambar di hadapan Masjid Omar Ali Saifuddein merupakan salah satu masjid yang paling ikonik di Asia Tenggara. Dikenali dengan seni bina yang megah dan indah, masjid ini dibina pada tahun 1958 dan dinamakan sempena Sultan Omar Ali Saifuddien III, Sultan Brunei yang terkenal.
  • Kunjungi Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang mempamerkan koleksi artifak Islam, manuskrip bersejarah serta pameran berkaitan tamadun dan perkembangan Islam di Brunei.
  • Nikmati waktu makan tengah hari di The Mall, Gadong (perbelanjaan sendiri)
  • Bergambar di hadapan Istana Nurul Iman yang terletak di Bandar Seri Begawan, Brunei, adalah istana rasmi Sultan Brunei. Ia dikenali sebagai istana terbesar di dunia, dengan luas lebih 200,000 meter persegi dan lebih 1,700 bilik. Istana ini menampilkan seni bina tradisional Melayu yang mewah dengan sentuhan moden, dan ia terletak di kaki Bukit Shahbandar, menghadap ke Sungai Brunei.
  • Bergambar di hadapan Masjid Jamek Asr Hassanil Bolkiah dikenali dengan seni bina yang menakjubkan, masjid ini dibina pada tahun 1994 dan dinamakan sempena Sultan Hassanil Bolkiah, Sultan Brunei ke-29. Masjid ini memiliki kubah emas yang megah, serta menara tinggi dan reka bentuk yang menggabungkan elemen tradisional dan moden.
  • Menaiki penerbangan pagi pulang ke Kuala Lumpur.

Note: *There might be some changes or additional charge on itinerary, tour plan or price.

Terms & Condition

(MOB: Meals on Board / B: Breakfast / L: Lunch / D: Dinner)

Package Include

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Shopping Compulsory: Herb, Burning Cream & Jewelry Store.

Package Exclude

  • Travel Insurans.
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

We are ready to help

Please feel free to reach out to us with any inquiries about the packages we offer. We are committed to responding to all your questions within 1-2 business days.

Booking Enquiry Form

    Terms & Conditions

    MODE OF PAYMENT

    • Upon booking of seat : Deposit per person per booking
    • 90 days before group departure : 50% of the total payment
    • 45 days before group departure : Balance of the outstanding payment

    If full payment is not received within the stipulated 45 days before departure, Koiman Travel & Tours Sdn. Bhd. at its sole discretion reserves the right to forfeit the deposit and cancel the booking.

    CANCELATION POLICY

    1. Deposits are non-refundable and non-transferable.
    2. Tour packages cancelled less than 45 days before group departure date, cancellation fee will be imposed as follow:
      • 75% of the total package price (within 15-45 days before departure)
      • 100% of the total package price (within 14 days before departure)
      • 100% of the total package price (no show on day of departure)
    3. Cancellation of bookings by the Tour Member must be made in writing via email to Koiman Travel & Tour Sdn. Bhd.
    4. Once Return Ticket has been issued and customer request for cancellation. No refund will be entitled.
    5. Refunds will only be allowed in the case of Death, Hospitalization & valid Medical Reasons supported by a Medical Report from Private/Government Hospital (Medical Report from Clinics are not acceptable), subject to approval.
    6. No refund if any of the item in the package is not utilize fully or partially when tour has departed.

    TRAVEL ESSENTIAL

    All tour members are encouraged to buy travel insurance to safeguard against sickness, flight delay, lost baggage, etc.

    IMPORTANT NOTE

    1. The above rates quoted are subject to change without prior notice.
    2. Koiman Travel & Tour Sdn. Bhd. reserves the right to cancel the package if the number of participants is less than minimum paying passengers.
    3. These packages are under Series Group Departures if the group are below of our minimum paying passengers, we will be informing our customers as our Company SOP 1 Month Before Departure. The customer might choose the optional as per below:
      • Postponed travelling
      • Refund full amount paid
      • Change or postponed to other destination
    4. Koiman Travel & Tour Sdn. Bhd. and its agent reserve the right to change or alter the program and revise fares without prior notice due to unforeseen circumstances.
    5. All flights and hotels are provisional and will be subjected to change until final confirmation.
    6. Not all hotels have rooms for 3 people. Therefore, extra bed or mattress only (subject to hotel) will be added only on twin sharing rooms.
    7. Passport must be valid for more than 6 months from the date of travel.
    8. It is the responsibility of the tour members to ensure that their names are cleared from blacklisted by any regulatory bodies in Malaysia or destination that may prohibit overseas travel or arrival.
    9. Koiman Travel & Tour Sdn. Bhd. will not be held responsible or liable in the event any tour member is denied to travel by the Malaysian Immigration. Tour fares will not be refunded.
    10. All meals mentioned in our program are suitable for Muslim, Except for breakfast which normally will be served based on standard international buffet menu by hotel.
    11. Koiman Travel & Tour Sdn. Bhd. term & conditions will apply.
    12. Flight seats and room arrangement for hotel are auto assigned.
    *Once payment received customers consider agree to the Terms & Conditions

    Price From

    RM 3,490.00 Per Pax

    Enjoy a worry-free vacation experience with us Koiman Travel & Tour