Kalau kita perasan, sejak dua menjak ni ramai yang pergi travel sama ada di dalam ataupun luar negara. Bagi mereka yang travel ke luar negara, mesti ramai yang suka search tentang “Tips travel ke oversea”, “Tips berjimat di Zimbabwe”, “Tips supaya tidak ditipu di Thailand” dan lain-lain lagi.
TAPI! PERASAN TAK YANG RAMAI TAK AMBIL KISAH TENTANG KESELAMATAN RUMAH MEREKA!
Sebab apa? Sebab ramai yang fokus untuk melancong sahaja. Sedangkan kita perlu fikir jugak tentang tempat tinggal kita. Lagi-lagi kalau yang bangun lambat dan sedar2 dah terlambat nak ke airport. Oleh sebab nak kejar waktu flight punya pasal, tak pasal2 terlupa pulak nak kunci pintu rumah.
Di sini, kami kongsikan beberapa tips yang boleh digunakan sebelum kita pergi. Tak kisah sama ada anda travel menggunakan kapal terbang ataupun kereta kebal, semua orang boleh gunakan tips ni :
1. SIMPAN BARANG BERHARGA DI TEMPAT YANG SELAMAT
Pastikan anda simpan barang kemas seperti emas dan berlian di tempat yang selamat. Kalau ada peti besi lagi bagus.
2. BUKA KEPALA TONG GAS
Jangan lupa buka kepala tong gas sebelum keluar rumah. Kepada para suami sekalian, jangan lupa jerit sahaja kepada isteri anda di dapur. Tapi janganlah jerit kuat2. Cukuplah sekadar untuk peringatan sahaja. Takut nanti jiran sebelah ingat anda tengah bergaduh pulak.
3. KOSONGKAN AIR KOLAH
Walaupun kita dah memasuki tahun 2022,tapi kita kena ingat bahawa masih ada rumah yang menggunakan kolah. Lagi2 kalau rumah di kampung. Pastikan air kolah rumah anda telahpun kosong. Ini untuk mengelakkan pembiakan nyamuk aedes. Kalau kantoi dengan Jabatan Kesihatan, anda boleh disaman ye wahai sahabat sekalian.
4. MAKLUMKAN KEPADA JIRAN
Walaupun ada bukanlah seorang yang peramah, ataupun anda jenis yang bertegur dengan jiran hanya setahun sekali, kalau boleh tegurlah jiran anda sebelum anda keluar travel. Cukuplah sekadar memaklumkan yang anda akan tinggalkan rumah anda dalam beberapa hari dan mintak tolong mereka jagakan rumah. Nanti belanjalah mereka buah tangan sedikit.
5. KUNCI SEMUA PINTU DAN TINGKAP
Ya ini paling penting. Lagi2 pintu dan tingkap di bahagian dapur. Sebab apa? Sebab pencuri tak kan masuk ikut pintu depan. Pencuri yang professional akan masuk ikut pintu dapur untuk mengelakkan kegiatan mereka dikantoikan.
Semoga dengan tips ini, kita semua dapat travel dengan hati yang tenang.
Anda berminat nak travel di dalam atau di luar negara? Nak travel dengan bas, kapal terbang ataupun cruise? Ayuh tekan link di bawah dengan segera !!
No comments yet. Be the first to leave a comment!