5 TIPS PERCUTIAN YANG SELAMAT
14 November 2022 •
1 views •
Adakah anda selalu bercuti? Pernah tak anda terfikir macam mana nak bercuti dengan selamat? Mehh sini kami berikan 5 Tips Percutian Yang Selamat :
1. PASTIKAN KAD ANDA SELAMAT
Bila melancong oversea, ramai yang suka bayar guna kad. Tapi kita kena hati-hati2. Apabila kita buat payment yang melibatkan currency, check kadar pertukaran dan pastikan tiada extra charge. Elakkan daripada menyerahkan kad kepada cashier dan pastikan semua urus niaga dilakukan di hadapan kita.
2. SIMPAN WANG TUNAI DI TEMPAT SELAMAT
Kegiatan mencuri ni memang tak dapat dielakkan di mana2 negara. Maka, pastikan anda tidak simpan semua wang tunai di dalam dompet anda. Agihkan wang tersebut kepada beberapa bahagian. Kalau ada poket rahsia dalam pakaian, lagi bagus.
3. SEDIAKAN KIT PERTOLONGAN CEMAS DI DALAM BEG
Bila dah syok berjalan, kita mestilah nak cuba makanan di negara orang. Tapi tanpa sedar, perut pulak terasa nak cirit-birit. Jadi, pastikan anda bawak kit ringkas contohnya macam panadol, ubat cirit-birit, minyak angin, plaster dan lain-lain.
4. BAWA GAMBAR ANAK-ANAK ANDA
Jika anda melancong bersama anak-anak, terutamanya anak kecil, pastikan anda bawak sekali gambar anak-anak anda. Apabila berlaku kejadian yang tidak diingini, seperti keciciran anak, at least anda mempunyai gambar anak anda dan senang untuk mintak tolong orang ramai.
5. SIMPAN DOKUMEN DAN PASSPORT
Sebelum anda bercuti, pastikan anda dah inform keluarga anda tentang destinasi dan tujuan anda bercuti. Lagi bagus kalau anda buat satu salinan dokumen untuk mereka. At least kalau anda tercicir dokumen ataupun passport, adalah jugak salinan dokumen pada keluarga anda.
Sekian, itu sahaja tips untuk kali ini. Jika anda berminat untuk melancong di dalam dan di luar negara, ayuh Whatsapp kami segera!
No comments yet. Be the first to leave a comment!