Contact Us

No. 17, Jalan SG 3/4, Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves, Selangor.

Blog

7H6M Harbin Snow & Ice

harbin snow ice

Jika anda mencari destinasi musim sejuk yang lengkap dengan harbin snow, seni arca ais gergasi, pemandangan putih yang memukau dan aktiviti harbin ski, Koiman Travel menawarkan pakej 7H6M Harbin:Rasai keseronokan Ais dan Salji. Trip ini membawa anda ke lima bandar utama di Timur Laut China iaitu Beijing, Shenyang, Jilin, Changchun dan Harbin dengan setiap lokasi menawarkan pengalaman unik yang menjadikan percutian musim sejuk anda lebih bermakna.

Harbin terkenal sebagai “Snow City of China”, dan setiap tahun kota ini menjadi tumpuan global kerana festival Ice and Snow World Harbin, acara ais dan salji terbesar di dunia.


Hari 1: Kuala Lumpur – Beijing – Shenyang

Perjalanan bermula dari KLIA sebelum tiba di Beijing. Selepas lawatan singkat, anda akan menaiki tren laju menuju Shenyang (2 jam 45 minit).
Antara destinasi menarik di Beijing termasuk:

  • Tian’anmen Square – yang merupakan salah satu dataran bandar terbesar di dunia dan boleh menampung 1 juta orang untuk mengadakan perhimpunan besar.

  • Qianmen Street – Jalan ini juga telah mengekalkan ciri-ciri tradisional seperti gerbang besar dan jalanan berbatu untuk memberikan pengalaman klasik kepada pengunjung.

Bermalam di Shenyang.


Hari 2: Shenyang – Jilin

Aktiviti sepanjang hari di Shenyang merangkumi:

  • Shenyang Imperial Palace – merupakan salah satu contoh seni bina terbaik Manchu. Mempunyai lebih daripada 300 bangunan, ia
    menampilkan gaya tradisional China yang unik dan berfungsi sebagai pusat politik dan kebudayaan pada zamannya.

  • Zhang’s Mansion – kombinasi gaya Barat & Cina.

  • Shenyang Zhongjie –merupakan pusat komersial terawal Shenyang berusia hampir 400 tahun dan mempunyai reputasi “Jalan Pertama di Timur Laut China”.

Pada waktu malam, perjalanan diteruskan ke Jilin.


Hari 3: Jilin – Changchun

photo from 李朝松

Bandar Jilin terkenal dengan harbin winter vibes yang mempesona, walaupun ia terletak di luar Harbin. Tarikan utama termasuk:

  • Rime Corridor – fenomena semula jadi pokok diliputi kristal ais; juga lokasi popular untuk aktiviti harbin ski style seperti bermain ski.

  • Changbai Island – lokasi bergambar dengan ribuan burung liar dan pemandangan salji yang romantik.

  • Manchu Folk Museum – mengenali sejarah budaya Manchu.

Bermalam di Changchun.


Hari 4: Changchun – Harbin

Jelajahi lokasi bersejarah seperti:

  • Manchukuo Imperial Palace Museum – tapak penting zaman pemerintahan Jepun.

  • The Eight Departments of Manchukuo – pusat pentadbiran era 1930-an.

Selepas itu, bergerak ke Harbin—kota yang terkenal dengan harbin snow, suasana harbin winter, dan tarikan festival ais terbesar dunia.


Hari 5: Harbin – Keindahan Ais & Salji

 

Hari ini ialah kemuncak perjalanan kerana anda berada di bandar yang sinonim dengan musim sejuk.

Aktiviti termasuk:

  • Sun Island International Snow Sculpture Art Expo – taman hiburan salji terbesar dengan arca salji luar biasa.

  • Menyaksikan acara berenang ais yang ikonik.

  • Volga Manor – lokasi seni bina Rusia dengan suasana musim salji yang sangat cantik.

  • Ice and Snow World Harbin – festival arca ais terbesar dunia dengan bangunan ais yang berwarna-warni. Ia merupakan tarikan wajib bagi pelancong yang ingin merasai keindahan sebenar harbin winter dan dunia ais sebenar.

Jika anda ingin merasai pengalaman harbin ski, musim ini juga sesuai kerana banyak lokasi sekitar Harbin menawarkan aktiviti salji.


Hari 6: Harbin – Jelajah Bandar Bersalji

Hari ini anda akan merasai suasana seolah-olah berada di Eropah dalam musim sejuk.
Antara lokasi menarik:

  • Sophia Square – bangunan klasik Rusia yang cantik untuk fotografi musim sejuk.

  • Central Avenue – dipenuhi seni bina Eropah, salji musim dingin dan suasana musim sejuk yang menawan.

  • Harbin Flood Control Memorial Tower – pemandangan Sungai Songhua dari menara.

  • Middle East Railway Bridge – Glass Walkway – jambatan kaca dengan panorama bandar bersalji.

  • Old Dao Chinese Baroque Street – kedai, restoran & kafe dengan seni bina baroque Cina klasik.


Hari 7: Beijing – Kuala Lumpur

Selepas melalui pengalaman salji, ais, aktiviti musim sejuk dan festival terkenal dunia, anda akan pulang ke Kuala Lumpur pada waktu pagi.


Kenapa Trip Harbin Ini WAJIB dicuba?

  • Melihat sendiri fenomena harbin snow yang memutihkan seluruh bandar.

  • Menikmati suasana sebenar harbin winter yang penuh budaya, seni dan sejarah.

  • Meneroka festival Ice and Snow World Harbin iaitu pengalaman dunia ais yang epik.

  • Peluang lakukan aktiviti harbin ski di sekitar Jilin & Harbin.

  • Gabungan lengkap: budaya, sejarah, salji, arca ais, makanan dan seni bina klasik.

Jika anda ingin menikmati perjalanan yang teratur, selesa dan bebas stres, Koiman Travel boleh uruskan semuanya untuk anda. Dengan itinerari yang teliti, hotel yang dipilih dengan cermat dan pasukan tour leader yang berpengalaman, anda hanya perlu menikmati momen indah sepanjang trip dari Beijing hingga ke Harbin.

Koiman Travel juga sentiasa memastikan setiap perjalanan memenuhi jadual, memberikan pengalaman terbaik dan sesuai untuk keluarga, pasangan atau kumpulan.Percutian musim sejuk anda boleh jadi lebih mudah, teratur dan menyeronokkan hanya dengan Koiman Travel.

0 Comment

We are not responsible for the comments posted and it is the sole responsibility of the owner of the comment. You are prohibited from writing comments that are spammy, abusive, hurtful, obscene, off-topic and things that violate the law.

No comments yet. Be the first to leave a comment!

Leave a comment

Note: Your email address will not be shared with third parties. Field marked with * are required.

Enjoy a worry-free vacation experience with us Koiman Travel & Tour